Sebaik sahaja cuti sekolah bermula, anak-anak kariah disantuni dengan aktiviti yang sangat-sangat penting dalam tuntutan Islam. Program Amali Solat mengajar asas solat yang betul. Asasnya anak-anak kariah ini telah tahu cara-cara bersolat, program ini memantapkan lagi cara bersolat ke arah yang lebih sempurna. Sambutan amatlah menggalakkan. Permohonan diterima berterusan sebaik sahaja ianya dibuka sehingga ke pagi hari program dijalankan. Namun, ada yang terpaksa ditolak memandangkan kuota yang diperuntukkan telah dipenuhi sedari awal lagi, maaf! InsyaAllah akan dianjurkan lagi program amali solat pada masa akan datang.
0 Ulasan