WAKAF TIDAK PERNAH RUGI...menebar manfaat, mengalirkan pahala tak terputus.
Terima kasih kepada pewakaf...Allahyarhamah Puan Zabidah Binti Abu Kassim. Semasa hayatnya arwah telah mewakafkan sebidang tanah di Kampung Talang Masjid kepada Masjid Al Hashimiah. Segala urusan berkaitan proses wakaf telah selesai. Tanah yg diwakaf telah dibersihkan dan didirikan pagar dan dijaga rapi.
Sehubungan itu pada 24 Januari 2026 telah diadakan majlis tahlil dan doa selamat bagi penyerahan tanah wakaf tersebut.
InsyaAllah tanah itu akan dimanfaatkan untuk kemaslahatan kariah dan semoga Allah memberkati segala usaha dan aktiviti yang dijalankan di atas tanah tersebut.



.jpeg)


.jpeg)

.jpeg)

0 Ulasan