Hari Asyura




















TATKALA umat Islam sibuk membicarakan tentang kelebihan dan ganjaran puasa 10 Muharram, ramai yang terlepas pandang bahawa Hari Asyura bukanlah semata-mata hari untuk menahan lapar dan dahaga.

Ia adalah hari peringatan tentang akhlak yang tinggi, keimanan yang teguh dan seruan untuk kembali kepada nilai kemanusiaan.
Hari Asyura memperingatkan kita tentang perjuangan Nabi Musa AS yang difitnah oleh Firaun, namun ALLAH membelanya dengan keadilan yang agung.
Kisah ini menjadi simbol bahawa kebenaran akhirnya akan terbela dan yang dizalimi akan diangkat darjatnya di sisi ALLAH. Justeru, janganlah kita tergelincir menjadi seperti Firaun; berkuasa tetapi menindas dan bersuara tetapi menyakitkan.
Sebaliknya, teladanilah Nabi Musa yang sabar, tenang dan menyerahkan segalanya kepada ALLAH yang MAHA MENGETAHUI.
Asyura adalah hari penyelamatan, hari ALLAH menyelamatkan Nabi Musa dan kaumnya daripada kekejaman Firaun.
Hari yang mulia ini seharusnya dijadikan ruang untuk kita mencari kembali mereka yang pernah kita sakiti, membersihkan kembali halaman hati dan memperbaharui niat dalam berakhlak, baik di dunia nyata mahupun di alam digital.
Hari Asyura membawa satu mesej agung bahawa ALLAH sentiasa berpihak kepada yang dizalimi.
Maka janganlah kita menjadi antara mereka yang menyakiti hati insan lain atas nama kebenaran.
Petikan daripada Sinar Harian, tulisan USTAZAH SHARIFAH KHADIJAH BINTI SYED ABU BAKAR yang merupakan Pensyarah Kanan dan Ketua Jabatan, Jabatan Pengajian Islam, Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Catat Ulasan

0 Ulasan

Maulidur Rasul